SMASHians
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MOTIVASI SMASHians

Go down

MOTIVASI SMASHians Empty MOTIVASI SMASHians

Post by Ummi@Jannah Fri Jun 05, 2009 12:16 pm

*** Fresh!! Dari Dr.Fadhilah Kamsah ***

Assalammualaikum……

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan
belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan …dan pagi-pagi sebelum pergi
sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam
biasa,mesti ada sikit belen … tapi taklah everytime secara puratanya
seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan…either belen makanan mak atau abah … tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan… kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain … samada kami perasan atau tidak ….so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak …

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri …arwah tok perempuan kami lah sebelah abah …mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak…dan saya sendiri akui kesannya ….makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok …jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak… samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka … solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib … kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam … kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat… ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang …

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali …tak caya try buat …solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib … dapat semua waktu lagi baik…sangat besar ‘rahsia’ dan peranan dapur rupa-rupanya…dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

“Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”.

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly…

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you’ll lose nothing. Wallahu A’lam…
Ummi@Jannah
Ummi@Jannah
Admin

Posts : 14
Join date : 2009-05-27
Age : 33
Location : ~Dunia Khayalan~

https://smashians.board-directory.net

Back to top Go down

MOTIVASI SMASHians Empty Re: MOTIVASI SMASHians

Post by Ummi@Jannah Fri Jun 05, 2009 12:18 pm

***Melihat Positif Dalam Negatif***


“Biarlah hanya papan dan tanah menjadi pemisah antara jasad dan perjuangan.
Insya Allah.”
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR…
1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…
HAVE A WONDERFUL DAY!!!
BELAJARLAH BERSYUKUR…….
Ummi@Jannah
Ummi@Jannah
Admin

Posts : 14
Join date : 2009-05-27
Age : 33
Location : ~Dunia Khayalan~

https://smashians.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum